Wednesday, July 08, 2009
Penyelesaian Masalah Genuine Windows XP
Desktop anda pernah jadi macam ni?
Tak best kan. Berbackgroundkan itam dihiasi 'kata-kata pujangga' di sudut bawah kanan. Wallpaper akan sokmo itam camni. Tak bleh tukar, lau tukar pun, nanti dia tukar balik yang itam ni.

Aku jumpe solution camne nak bagi normal balik.

Mari ikut step-step ini:

Langkah pertama anda perlu masuk ke system32.
Pergi Start --> Run --> taip system32

Kemudian show semua fail sistem yang tersembunyi, caranya ialah pada bar folder system32 tu, pergi ke:
Tools --> Folder Options --> View --> untick "Hide extensions for known file types"
kemudian klik Apply.

Kemudian cari file WgaLogon.dll. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah apabila menjumpai file tersebut ubah namanya kepada WgaLogon.dll.bak
Baiklah tinggalkan fail WgaLogon.dll.bak tersebut.

Sekarang di folder system32 buat satu fail menggunakan notepad.
Biarkan notepad tersebut kosong. Kemudian ubahkan namanya kepada nama WgaLogon.dll (seperti nama fail yang kita ubah kepada WgaLogon.dll.bak tadi)

Baiklah langkah terakhir tersebut adalah pantas anda perlu melakukannya dengan pantas. Limit dalam 1-2 saat untuk melakukan dua langkah terakhir ini.

Cari fail wgatray.exe di folder system32 tadi. Dan di Task Manager klik pada tab Processes dan cari fail wgatray.exe.

Langkah pantas yang anda perlu lakukan ialah delete fail wgatray.exe ini dengan pantas lebih kurang dalam 2 saat! Jika tidak anda tidak dapat delete fail wgatray.exe ini.
Buka Task Manager (ctrl + alt + del) dan folder system32 ini. Delete wgatray.exe pada folder system32 dahulu dengan pantas klik pada wgatray.exe di Task Manager tadi dan matikan proses wgatray.exe ini.

Caranya klik pada wgatray.exe tersebut dan klik butang "End Process". Ingat lakukan dua perkara ini dengan pantas! Saya harap anda akan memahami apa yang saya terangkan tadi.

Dan hasilnya...

Tadaaa...! Yeay DB ku muncul kembali sambil melambai riang.

Credit untuk mukesuci dan aku pejuang.

Mukesuci ni salah sorang dari Rockensteiners. Dia yang bagi link ni.
Aku pejuang tuan punye blog yang bagi solution:
http://it-tutorial-for-you.blogspot.com/2009/02/masalah-genuine-windows-xp-dan.html?showComment=1246984648981#c7039378726793869619





KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 12:36 AM | 7 comments
Tuesday, July 07, 2009
Bagus Maxis
Tahukah anda?

Maxis Broadband, yang kaler itam tu (aku lupe model ape), selain menjadi tukang connect internet, ia juga mempunyai satu lagi fungsi yang berguna.

Ia mampu mendodoikan kita.

Pukul 12, lepas gosok baju, mata segar bugar. Langsung tiada napsu untuk tdo. Connect internet guna Pak Cik Maxis.

Bukak browser.
1 minit. Tak de pape kuar.
2 minit, kosong.
3 minit, masih kosong ...
4 minit, yawnnn..~

Sampai sekarang, pukul 1:20 (campur berpuluh-puluh kali nguap) aku tak berjaya masuk page page yang aku nak masuk.

Cabut Maxis ngan penuh 'kasih sayang', on wifi. Nasib baik. Bukak blogger.

Ok sudah bernapsu untuk tdo sekarang. Terima kasih Maxis. Jasamu dihargai.

Conteng-conteng: Ada kaitan ngan fair usage ke?
Unlimited lah sangat.




KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 1:26 AM | 4 comments
Monday, July 06, 2009
Haih.
Bohsan.
Sangat.
Mau baca Harry Potter, tak bawak.
Mau baca Mikhail, pun tak bawak.
Mau bace buku easy .. bla bla bla BI, pun tak bawak.
Mau bace Troll Fell, pun tak bawak.

Beg sangat berat oh. Padat gile. 6 beg, naik bas. Bayangkan.
Oh 6 beg campur plastik oren besar berisi CJ 7. Mana bleh tinggal oh. Pangku pelok atas riba. Peduli apa kan. Bye bye Stitch. Encik Cikedoong kata aku pilih kasih. Haha

Hari ini sudah mula sem baru. Hari pertama, chewahh, g duduk depan-depan dalam dewan kuliah. Tak de la depan sangat. Barisan ke-7. Kire depan la kan. Haha. Kite tengok hari-hari akan datang pulak. Haha. Eh jangan jangan. Mari duduk depan. 'Jiwa rasa' masa dalam kelas, antara duduk depan dan duduk belakang, sangat berbeza.

.....
.....
.....

Juga rasa cuak-cuak kecut perut menanti tibanya hari Rabu, sebab first time nak masuk kelas under skol seni. Redah ajee.. Nadia berkata.

.....


Oh.
Bosan bosan.

.....
.....
.....

Mari lecturer sekalian, sila beri assignment sekarang.
Haha.

Ok, ini memang dah tahap bosan gile!


Conteng-conteng: Menghitung hari mau nengok Harry Potter and Half Blood Prince. Tapi dengar kata lebih banyak 'kisah' Ron n Hermione dari plot penting yang lain. Ye ke?
Dem.





KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 11:05 PM | 0 comments
Friday, July 03, 2009
Ini Kursus-kursus Sem Depan
Ini kursus-kursus yang bakal aku tempoh, penin, hempas pulas sampai terpulas sem depan. Kira start senin depan lah.
Sile tengok nomor 2. Aha. Itu bukan kursus skol aku, mahupun kursus U. Tapi kursus dari School of Arts, Communicational Graphics. Bukan Drama and Theater, bukan Fine Art, bukan Performing Art, bukan Acting and Directing, bukan Musics, bukan Music Technology. Hehe.

Untuk ape aku sesat ke sana? Ihi. Aku mau amik minor dari skol sana. Sudah tanya 3 lecturer, n sorang kakak senior, semua setuju. Nape minor itu, sebab sangat masuk ngan specialization aku. Tapi ntah nape, masih cam rasa 'tak sedap hati' lagi.

Mungkin add drop lagi. Mungkin.




KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 8:49 AM | 2 comments
Thursday, July 02, 2009
Hye Hye
Erk.
Em.
Alhamdulillah.
Sudah pulih mungkin.
Hehe.
(ntahapehape)

Em senarnye nak tukar balik template putih ngan segala widget yang lame, tapi ntah mane simpan. Cari cari tak jumpe.

So kite layan aje la dulu template pink ini.
Comei pe. Comei cam kaler bilik baru aku ngan Aina nanti hihi.
Yep kteorang dapat bilik baru. Besar lagi hikhik. Master bedroom hakhak. Kire ada 2 master bedroom lah.
Rumah ngah renovate.
N mak ayah pilihkan kaler pink tuk kteorang.
Gle comei!
Walaupun aku bukanla minat gile ngan pink senarny. Tapi pink kat dinding-dinding itu COMEI!

Ahad ni balik USM. Result KSCP pun baru kuar sat tadi. Alhamdullillah. Naik gak pointer.
Tapi e-daftar tak buat lagi.

Ehem. Mekaseh banyak-banyak atas perhatian semua :)
Minta maaf masa korang tanya-tanya aku tak reply, senyap, sebab kadang-kadang otak aku blur sampai tak tau nak cite camne, nak pikir pun kadang dah tak reti.

Ada gak yang agak aku down sebab ada prob ngan Encik Cikedoong. Hehe xd la. Tak de kena mengena langsung pun, kteorang ok je :) Sile la layan lagi video-video gile dia. Aku pun macam dah gile sama. Bukan aku cakap. Aina yang cakap.

Jumpe agi. Mau layan rojak buah. @tata




KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 5:17 PM | 5 comments
Tuesday, June 16, 2009
Untuk masa ini, blog ini sangat tidak sesuai untuk orang orang yang sedang tak de mood
Hi. Salam.

Time kasih time kasih atas sume 'perhatian' yang diberikan.
Yang sms, yang emel, yang ym, yang fesbuk, yang jumpe depan-depan, yang komen kat bawah ni.
Sungguh ku tak percaya ramai yang 'amik kisah' rupanya.
Ada yang tanya, kenapa ngan aku.
Ada yang tanya, kenapa ngan blog aku.

Blog ni tak pape pun. Bukan kena hack, bukan kena sabotaj, atau yang sewaktu dengannya.
Cume, tuan punye blog ni rasa GELI baca posting-posting dia sendiri. Jadi aku pun bunuh dia.
Tambah ngan masalah dalaman lain. .....

Kepada 'manusia-manusia' di luar sana yang tak pernah puas hati ngan aku, tahniah, impian korang untuk menengok aku jatuh akan tercapai tak lama lagi. Tahniah.

Blog ini akan kekal begini, sehingga satu tempoh waktu.

Hitam. Kosong. Suram.




KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 12:25 AM | 7 comments
Monday, June 08, 2009
Best
Sungguh best bila jadi mangsa keadaan. (?)
Best gile.

Penat.




KlikKlik: TrueLoveTrueHappiness
 
posted by sakinah at 9:48 PM | 10 comments